468x60 Ads

Photobucket
This is an example of a HTML caption with a link.

Layan Blues + Terjemahan




kau kata kau cinta padaku

aku umpama bidadari di matamu

tidak ada seorang pun cantik seperti aku

aku menyayangimu sepenuh jiwaku

tapi itu dulu

kini…

aku kecewa denganmu

kerna kau penipu

kau curang

di mana cintaku yang dulu dihatimu

pergi kau dari hidupku

aku benci manusia sepertimu



Salam semua...

Penabertulis bukan mahu mengajak anda semua untuk melepaskan geram disini kerana kecurangan seseorang. Tetapi, penabertulis mahu berkongsi mengenai terjemahan kata-kata blues di atas ke Bahasa Arab:) Jom tengok terjemahannya:


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


قلت إنك تحبني


أنا كنت كحور العين في عينيك


لا أحد مثلي جمالا


كنت أحبك من كل نفسي


ولكن الحب كان سابقا


وحاليا..


أنا زعلانة معك


لأنك كاذب


وأنت منافق


أين حبي كان في قلبك سابقاً


أنت روح من حياتي


أرغب عن الإنسان مثلك

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Sekiranya rakan-rakan Penabertulis berminat untuk berkongsi terjemahan disini, Penabertulis sangat mengalu-alukan! Jom kongsi ilmu:)


READ MORE

Where Are You When...

Allah is calling
But I didn't answer

And when Allah is calling
I just listen to the voices


Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times

Allah is calling
I'm tired of them
Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who' still not close to Allah



-let's listen to the song-




Sometimes person did not answer the calling because they think sleep is more important.

Sometimes person did not answer the calling because they are very tired after working for whole day.


Sometimes person did not answer the calling might be they are do not care about it.


But, those are only reasons to avoid from perform Solah. Let's us together keep up our Solah.



"May Allah accept our Solah and forgive all our previous sins"ameen.



READ MORE

Alamak Terlebih Suda!


Tika kita sedang bersuka ria dan leka berbual tentang sesuatu yang lucu atau lawak, kadang-kadang kita tidak sedar bahawasanya kita telah ketawa dengan nada maksimum dan apabila orang lain menyedarinya, mereka seolah-olah merasakan si empunya gelak ketawa itu bukan seperti karakter dirinya yang sebenar...
alamak terlebih suda!


Tika
leka duduk berbincang bersama rakan-rakan @ geng-geng mengenai sesuatu topik atau pelajaran, adakalanya perbincangan itu tersasar daripada objektif utama perbincangan...
alamak terlebih suda!



Tika sedang bergurau senda kadang-kadang lupa akan batasan rijal dan nisa', disebabkan anggapan sebagai adik, abang dan kakak antara mereka, kadang-kadang batasan itu dilanggar begitu sahaja...
alamak terlebih suda
!



Tika berbicara bersama para pendidik yang mudah dibawa berbincang, adakalanya adab bercakap tidak dijaga kerana menganggap guru@pensyarah itu seperti kawan...
alamak terlebih suda!



Begitulah fenomena-fenomena yang adakalanya kita tidak mampu mengelaknya disebabkan kelalaian yang sering bertandang dalam diri manusia!

Penabertulis mempunyai seorang sahabat yang dulunya pernah berkata bahawa andai dirinya seorang yang jahat dan tidak berakhlak baik, tetapi jika dirinya menegur seorang yang soleh kerana melakukan perbuatan jahat, terimalah tegurannya itu biarpun dirinya bukan sewarak insan yang ditegur itu. Ini kerana, dalam hal teguran, kita perlu melihat apa yang diperkatakan bukan siapa yang memperkatakan. Apa yang diperkatakan sahabat Penabertulis itu sebenarnya dipetik dan dihuraikan daripada kata-kata Saidina Ali R.A yang berbunyi:

لاتنظروا إلى من قال، انظروا إلى ما قال

Bermaksud: “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Penabertulis mengingatkan diri sendiri dan mengajak para sahabat Pena semua beringat bahawasanya:



KITA MANUSIA BIASA YANG MUDAH LUPA, DIJADIKAN BERBAGAI-BAGAI JENIS SUPAYA SENTIASA MEMPERINGATI DAN TEGUR-MENEGUR ANTARA SATU SAMA LAIN AGAR HUBUNGAN SESAMA MANUSIA TERUS TERSEMAI DENGAN IKATAN IMAN DAN TAQWA


Penabertulis memohon andai suatu masa diri ini terleka dan tersasar dari sabilillah, tegurlah diri ini dan pimpinlah untuk kembali mencari nur sabilillah...Allahu Akbar!
READ MORE

KRITIKAN


Anda pernah diberi nasihat?? teguran dan kritikan?? Pastinya ada diantara tiga elemen ini yang menyenangkan hati anda dan tidak kurang juga ada yang menyakitkan dan memedihkan hati anda.

Tangisan bukan penyelesaian...

Ini semua lumrah kehidupan yang memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu bila akan berakhir. Kritikan yang diberi kepada kita perlu dijadikan suatu cabaran. Kita dikritik..itu bermakna ada perkara-perkara yang tidak lengkap kita lakukan. Segala yang kita lakukan akan dinilai orang lain. Ada kalanya kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara, namun dipandangan orang lain, ia terlalu berbeza!


Penabertulis pernah melalui saat-saat sebegini. Kritikan seorang pensyarah dihadapan rakan-rakan semasa membentangkan kerja kursus semasa di salah sebuah pusat pengajian dahulu menyebabkan semangat seakan-akan jatuh merundum. Namun, ia tidak berakhir begitu sahaja. Kesedihan dan kekecewaan tidak dibiarkan terus menyelinap masuk dalam diri. Sokongan rakan dan jati diri membantu penabertulis untuk terus bangun dan mencuba untuk membaiki kekurangan dan menghasilkan yang terbaik.

Apabila seseorang mengkritik hasil kerja atau perangai kita, terimalah dengan hati terbuka. Ya, penabertulis tidak nafikan sememangnya hati boleh jadi panas dan berang semasa kririkan itu dilontarkan. Tetapi, kita boleh menyelesaikannya dengan berdiam diri seketika, berselawat, berwuduk, solat sunat dan berdoa agar hati kita mudah menerima teguran itu dan menganggap ianya sebagai suatu yang menggembirakan dan bukannya satu serangan.

Penabertulis yakin kritikan akan memberi semangat dan jati diri yang tinggi. Di situ kita akan mampu mengawal airmuka kita, bersifat positif dan memberi tindak tindak balas secara profesional. Melalui pengalaman ini, kita akan mudah berhadapan dengan kritikan-kritikan lain apabila berhadapan dengan masyarakat. Perlu diingati bahawa di luar sana terdapat pelbagai jenis pandangan masyarakat. Oleh itu, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kritikan di masa akan datang.

Hidup ini tidak lama...hanya sementara mendiami bumi Allah ini. Entah bila saat kita pula yang dipanggil untuk kembali kepada Allah yang Maha Agung. Nikmati kehidupan di dunia ini sementara kita masih berpeluang. Maafkan semua yang pernah membuatkan diri anda terluka kerana itu cuma ujian dan dugaan di dunia ini. Kemarahan akan hilang apabila kita menilai betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini.


لاإلــــــــــــــــــه إلا الله محمد رســــــــول الله

READ MORE

Debat : Latihan Berkomunikasi

Berdebat?adakah anda berminat menjadi seorang pendebat @debater? Debat merupakan satu medan dan peluang untuk kita melatih diri berkomunikasi dikhalayak orang ramai. Keyakinan dan jati diri sangat penting apabila berhadapan dengan orang ramai. Setiap pendebat perlu memiliki persediaan-persediaan seperti berikut:

(1) mempunyai ilmu pengetahuan yang luas mengenai isu-isu yang ingin diperdebatkan.
  • Kajian perlu dilakukan untuk mendapatkan bukti-bukti yang kukuh agar lebih mudah mempertahankan hujah-hujah bagi pihak masing-masing.
-kenangan...pasukan debat bahasa arab Fakulti Pengajian Bahasa Utama 2009-
  • Hujah yang disampaikan mestilah logik dan tidak terpesong daripada topik perdebatan.
(2) akhlak dan tatatertib perdebatan perlu dijaga. Penghinaan dan cemuhan terhadap pihak lawan adalah dilarang sama sekali.
  • Bersopan-santun ketika berhujah bukan bermaksud anda lemah sewaktu berbicara, tetapi anda perlu menggunakan konteks bahasa yang difahami dan bijak mempelbagaikan binaan ayat.
  • Penekanan suara perlu dilakukan sekiranya anda mahu membuat suatu penegasan.
  • Body language dan eye contact juga sangat penting untuk menarik perhatian penonton.
  • Berinteraksi dengan Y.D.P dan para pendengar.
(3) berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah untuk menambahkan pengetahuan dan mengetahui pandangan dan idea mereka terhadap sesuatu isu.



"DEBATE IS TRULY BEAUTIFUL AND THE MOST REWARDING EXPERIENCE IN MY LIFE"



READ MORE

Cinta Tanpa Sempadan




Cinta tanpa sempadan memerlukan tafsiran yang sangat terperinci. Sebilangan masyarakat sebulat suara tidak bersetuju sekiranya ada dikalangan anak-anak atau adik-beradik yang ingin berkahwin dengan masyarakat yang berasal dari luar negeri atau luar negara. Persoalannya, adakah perspektif larangan berkahwin dengan "orang luar" ini sememangnya menjadi pantang larang bagi sesebuah masyarakat?

Penabertulis tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai prinsip dan pandangan serta asbab tertentu untuk bersetuju ataupun tidak mengenai subjek ini. Berdasarkan pemerhatian penabertulis antara sebab-sebab sebilangan ibu bapa tidak menerima "undangan" orang luar ini kerana mereka tidak mahu berjauhan dengan anak mereka, mahukan anak-anak mereka hanya berkahwin dengan pasangan dikalangan keluarga dan berpandangan negatif terhadap kaum lain. Tidak dinafikan apabila tinjauan dibuat terhadap berita-berita tempatan, terdapat sebilangan remaja perempuan lari meninggalkan keluarga semata-mata mengikut "pakwe,gewe,pacar,boyfren" ke negeri@negara mereka kerana cinta terhalang. Ini juga merupakan "main point" yang menyebabkan sebilangan para ibu bapa melarang anak-anak mereka berhubung "kasih" dengan orang luar.

Namun kita jangan lupa, diri kita sendiri ada kelemahan dan cacat celanya. Jangan terus menuding jari hanya kerana satu masalah. Ini semua aturan Allah, Dia meletakkan satu situasi itu untuk melihat bagaimana cara kita mengendalikannya, adakah kita bersabar?,mengeluh? atau mampu bertoleransi dengan masyarakat atau kaum dan bangsa lain. Apa yang pasti, segala natijah urusan di dunia ini atas izinNYA. Sekiranya ibu bapa melarang bercinta atau berkahwin dengan "orang luar", gunakanlah cara perbincangan yang terbaik dan toleransi yang berkesan dengan mereka, kita semua manusia biasa. Berdoa itu senjata kita paling kuat yang menunjukkan kita ini sememangnya bergantung segalanya kepada Allah S.W.T tanpa menyekutukanNYA.Segala yang berlaku ada hikmahnya. Nikmati setiap lipatan hidup di dunia yang sementara ini. Selagi nafas mampu menghirup udara di muka bumi ini, sama-sama kita beruasaha meningkatkan iman & taqwa kepada yang MAHA PENCINTA..ALLAHU AKBAR!

READ MORE