468x60 Ads

Photobucket

KRITIKAN


Anda pernah diberi nasihat?? teguran dan kritikan?? Pastinya ada diantara tiga elemen ini yang menyenangkan hati anda dan tidak kurang juga ada yang menyakitkan dan memedihkan hati anda.

Tangisan bukan penyelesaian...

Ini semua lumrah kehidupan yang memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu bila akan berakhir. Kritikan yang diberi kepada kita perlu dijadikan suatu cabaran. Kita dikritik..itu bermakna ada perkara-perkara yang tidak lengkap kita lakukan. Segala yang kita lakukan akan dinilai orang lain. Ada kalanya kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara, namun dipandangan orang lain, ia terlalu berbeza!


Penabertulis pernah melalui saat-saat sebegini. Kritikan seorang pensyarah dihadapan rakan-rakan semasa membentangkan kerja kursus semasa di salah sebuah pusat pengajian dahulu menyebabkan semangat seakan-akan jatuh merundum. Namun, ia tidak berakhir begitu sahaja. Kesedihan dan kekecewaan tidak dibiarkan terus menyelinap masuk dalam diri. Sokongan rakan dan jati diri membantu penabertulis untuk terus bangun dan mencuba untuk membaiki kekurangan dan menghasilkan yang terbaik.

Apabila seseorang mengkritik hasil kerja atau perangai kita, terimalah dengan hati terbuka. Ya, penabertulis tidak nafikan sememangnya hati boleh jadi panas dan berang semasa kririkan itu dilontarkan. Tetapi, kita boleh menyelesaikannya dengan berdiam diri seketika, berselawat, berwuduk, solat sunat dan berdoa agar hati kita mudah menerima teguran itu dan menganggap ianya sebagai suatu yang menggembirakan dan bukannya satu serangan.

Penabertulis yakin kritikan akan memberi semangat dan jati diri yang tinggi. Di situ kita akan mampu mengawal airmuka kita, bersifat positif dan memberi tindak tindak balas secara profesional. Melalui pengalaman ini, kita akan mudah berhadapan dengan kritikan-kritikan lain apabila berhadapan dengan masyarakat. Perlu diingati bahawa di luar sana terdapat pelbagai jenis pandangan masyarakat. Oleh itu, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kritikan di masa akan datang.

Hidup ini tidak lama...hanya sementara mendiami bumi Allah ini. Entah bila saat kita pula yang dipanggil untuk kembali kepada Allah yang Maha Agung. Nikmati kehidupan di dunia ini sementara kita masih berpeluang. Maafkan semua yang pernah membuatkan diri anda terluka kerana itu cuma ujian dan dugaan di dunia ini. Kemarahan akan hilang apabila kita menilai betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini.


لاإلــــــــــــــــــه إلا الله محمد رســــــــول الله

Untuk menggunakan PenaBertulis emoticon ini, Anda perlu copy kode ke kotak komentar.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i:
:j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r:
:s: :t: :u: :v: :w: :x: :y: :z: :ab:

3 comments:

PenaBertulis said...

الله أعلم بالصواب

Asyraf said...

kadang2 sedih dan marah tidak dapat lari bila hasil usaha kita dikritik hebat orang lain. salah ke apa yang kita buat?...tidak salah, tp untuk menjadi yang lebih baik...tp cara kritikan itu yang mesti dibetulkan supaya air muka seseorang itu tidak jatuh dek bahasa2 yang tidak sepatutnya...jika salah, tunjukkan yang betul, bukan menkritik mencari kesalahan...

PenaBertulis said...

ya, i agree with u mr.asyraf. anyway, we have to improve our self to be a good Muslim/muslimah. always make a Taubah to find a forgiveness from THE GREATEST.

Post a Comment