468x60 Ads

Photobucket

Selagi Masih Ada

Cuti panjang??tak tahu nak pergi ke mana?? Jangan risau, pergilah ke "syurga" anda dengan berbakti kepada ibu bapa, selagi mereka masih ada.

Manfaatkan cuti dengan membantu ibu bapa seperti memasak untuk mereka, membersihkan halaman rumah, membawa mereka bersiar-siar dan pendek kata semua perkara-perkara yang boleh menghiburkan hati mereka.

Ini kerana, apabila semester pengajian bermula atau bekerja, kita pasti sibuk dengan tanggungjawab dan tugasan di kampus atau di tempat kerja. Lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Pasti masa untuk membantu ibu bapa terlalu sedikit atau tiada langsung khidmat yang diberikan untuk beberapa bulan. Amat menyedihkan sekiranya cuti yang ada tidak dimanfaatkan untuk bermesra bersama keluarga khususnya ibu bapa.



Oleh itu, sama-sama kita berbuat baik pada ibu bapa...selagi mereka masih ada. Tidak dinafikan, sebahagian warga emas mempunyai pelbagai karenah yang kadang-kadang kita merasakan mereka seperti anak-anak kecil walaupun sudah tua. Kesabaran sangat diperlukan semasa berhadapan dengan situasi sebegini.


Kepada semua yang bergelar anak, sentiasa doakan ibu bapa dan tingkatkan kesabaran untuk berhadapan dengan pelbagai ragam mereka. Ingat, mereka lebih tinggi sabarnya semasa mendidik anak-anak sehingga dewasa.






Untuk menggunakan PenaBertulis emoticon ini, Anda perlu copy kode ke kotak komentar.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i:
:j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r:
:s: :t: :u: :v: :w: :x: :y: :z: :ab:

0 comments:

Post a Comment