Selagi Masih Ada
Manfaatkan cuti dengan membantu ibu bapa seperti memasak untuk mereka, membersihkan halaman rumah, membawa mereka bersiar-siar dan pendek kata semua perkara-perkara yang boleh menghiburkan hati mereka.
Ini kerana, apabila semester pengajian bermula atau bekerja, kita pasti sibuk dengan tanggungjawab dan tugasan di kampus atau di tempat kerja. Lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Pasti masa untuk membantu ibu bapa terlalu sedikit atau tiada langsung khidmat yang diberikan untuk beberapa bulan. Amat menyedihkan sekiranya cuti yang ada tidak dimanfaatkan untuk bermesra bersama keluarga khususnya ibu bapa.
Oleh itu, sama-sama kita berbuat baik pada ibu bapa...selagi mereka masih ada. Tidak dinafikan, sebahagian warga emas mempunyai pelbagai karenah yang kadang-kadang kita merasakan mereka seperti anak-anak kecil walaupun sudah tua. Kesabaran sangat diperlukan semasa berhadapan dengan situasi sebegini.
Kepada semua yang bergelar anak, sentiasa doakan ibu bapa dan tingkatkan kesabaran untuk berhadapan dengan pelbagai ragam mereka. Ingat, mereka lebih tinggi sabarnya semasa mendidik anak-anak sehingga dewasa.
Layan Blues + Terjemahan
kau kata kau cinta padaku
aku umpama bidadari di matamu
tidak ada seorang pun cantik seperti aku
aku menyayangimu sepenuh jiwaku
tapi itu dulu
kini…
aku kecewa denganmu
kerna kau penipu
kau curang
di mana cintaku yang dulu dihatimu
pergi kau dari hidupku
aku benci manusia sepertimu
Salam semua...
Penabertulis bukan mahu mengajak anda semua untuk melepaskan geram disini kerana kecurangan seseorang. Tetapi, penabertulis mahu berkongsi mengenai terjemahan kata-kata blues di atas ke Bahasa Arab:) Jom tengok terjemahannya:
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
أنا كنت كحور العين في عينيك
لا أحد مثلي جمالا
كنت أحبك من كل نفسي
ولكن الحب كان سابقا
وحاليا..
أنا زعلانة معك
لأنك كاذب
وأنت منافق
أين حبي كان في قلبك سابقاً
أنت روح من حياتي
أرغب عن الإنسان مثلك
Where Are You When...
I just listen to the voices
Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers
Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them
Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who' still not close to Allah
-let's listen to the song-
Alamak Terlebih Suda!
Tika leka duduk berbincang bersama rakan-rakan @ geng-geng mengenai sesuatu topik atau pelajaran, adakalanya perbincangan itu tersasar daripada objektif utama perbincangan...
alamak terlebih suda!
Tika sedang bergurau senda kadang-kadang lupa akan batasan rijal dan nisa', disebabkan anggapan sebagai adik, abang dan kakak antara mereka, kadang-kadang batasan itu dilanggar begitu sahaja...
alamak terlebih suda!
Tika berbicara bersama para pendidik yang mudah dibawa berbincang, adakalanya adab bercakap tidak dijaga kerana menganggap guru@pensyarah itu seperti kawan...
alamak terlebih suda!
Begitulah fenomena-fenomena yang adakalanya kita tidak mampu mengelaknya disebabkan kelalaian yang sering bertandang dalam diri manusia!
Penabertulis mempunyai seorang sahabat yang dulunya pernah berkata bahawa andai dirinya seorang yang jahat dan tidak berakhlak baik, tetapi jika dirinya menegur seorang yang soleh kerana melakukan perbuatan jahat, terimalah tegurannya itu biarpun dirinya bukan sewarak insan yang ditegur itu. Ini kerana, dalam hal teguran, kita perlu melihat apa yang diperkatakan bukan siapa yang memperkatakan. Apa yang diperkatakan sahabat Penabertulis itu sebenarnya dipetik dan dihuraikan daripada kata-kata Saidina Ali R.A yang berbunyi:
Penabertulis mengingatkan diri sendiri dan mengajak para sahabat Pena semua beringat bahawasanya:
KITA MANUSIA BIASA YANG MUDAH LUPA, DIJADIKAN BERBAGAI-BAGAI JENIS SUPAYA SENTIASA MEMPERINGATI DAN TEGUR-MENEGUR ANTARA SATU SAMA LAIN AGAR HUBUNGAN SESAMA MANUSIA TERUS TERSEMAI DENGAN IKATAN IMAN DAN TAQWA
Penabertulis memohon andai suatu masa diri ini terleka dan tersasar dari sabilillah, tegurlah diri ini dan pimpinlah untuk kembali mencari nur sabilillah...Allahu Akbar!
Ini semua lumrah kehidupan yang memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu bila akan berakhir. Kritikan yang diberi kepada kita perlu dijadikan suatu cabaran. Kita dikritik..itu bermakna ada perkara-perkara yang tidak lengkap kita lakukan. Segala yang kita lakukan akan dinilai orang lain. Ada kalanya kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara, namun dipandangan orang lain, ia terlalu berbeza!
Penabertulis pernah melalui saat-saat sebegini. Kritikan seorang pensyarah dihadapan rakan-rakan semasa membentangkan kerja kursus semasa di salah sebuah pusat pengajian dahulu menyebabkan semangat seakan-akan jatuh merundum. Namun, ia tidak berakhir begitu sahaja. Kesedihan dan kekecewaan tidak dibiarkan terus menyelinap masuk dalam diri. Sokongan rakan dan jati diri membantu penabertulis untuk terus bangun dan mencuba untuk membaiki kekurangan dan menghasilkan yang terbaik.
Apabila seseorang mengkritik hasil kerja atau perangai kita, terimalah dengan hati terbuka. Ya, penabertulis tidak nafikan sememangnya hati boleh jadi panas dan berang semasa kririkan itu dilontarkan. Tetapi, kita boleh menyelesaikannya dengan berdiam diri seketika, berselawat, berwuduk, solat sunat dan berdoa agar hati kita mudah menerima teguran itu dan menganggap ianya sebagai suatu yang menggembirakan dan bukannya satu serangan.
Penabertulis yakin kritikan akan memberi semangat dan jati diri yang tinggi. Di situ kita akan mampu mengawal airmuka kita, bersifat positif dan memberi tindak tindak balas secara profesional. Melalui pengalaman ini, kita akan mudah berhadapan dengan kritikan-kritikan lain apabila berhadapan dengan masyarakat. Perlu diingati bahawa di luar sana terdapat pelbagai jenis pandangan masyarakat. Oleh itu, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kritikan di masa akan datang.
Hidup ini tidak lama...hanya sementara mendiami bumi Allah ini. Entah bila saat kita pula yang dipanggil untuk kembali kepada Allah yang Maha Agung. Nikmati kehidupan di dunia ini sementara kita masih berpeluang. Maafkan semua yang pernah membuatkan diri anda terluka kerana itu cuma ujian dan dugaan di dunia ini. Kemarahan akan hilang apabila kita menilai betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini.
Debat : Latihan Berkomunikasi
- Kajian perlu dilakukan untuk mendapatkan bukti-bukti yang kukuh agar lebih mudah mempertahankan hujah-hujah bagi pihak masing-masing.
- Hujah yang disampaikan mestilah logik dan tidak terpesong daripada topik perdebatan.
- Bersopan-santun ketika berhujah bukan bermaksud anda lemah sewaktu berbicara, tetapi anda perlu menggunakan konteks bahasa yang difahami dan bijak mempelbagaikan binaan ayat.
- Penekanan suara perlu dilakukan sekiranya anda mahu membuat suatu penegasan.
- Body language dan eye contact juga sangat penting untuk menarik perhatian penonton.
- Berinteraksi dengan Y.D.P dan para pendengar.
Cinta Tanpa Sempadan
Namun kita jangan lupa, diri kita sendiri ada kelemahan dan cacat celanya. Jangan terus menuding jari hanya kerana satu masalah. Ini semua aturan Allah, Dia meletakkan satu situasi itu untuk melihat bagaimana cara kita mengendalikannya, adakah kita bersabar?,mengeluh? atau mampu bertoleransi dengan masyarakat atau kaum dan bangsa lain. Apa yang pasti, segala natijah urusan di dunia ini atas izinNYA. Sekiranya ibu bapa melarang bercinta atau berkahwin dengan "orang luar", gunakanlah cara perbincangan yang terbaik dan toleransi yang berkesan dengan mereka, kita semua manusia biasa. Berdoa itu senjata kita paling kuat yang menunjukkan kita ini sememangnya bergantung segalanya kepada Allah S.W.T tanpa menyekutukanNYA.Segala yang berlaku ada hikmahnya. Nikmati setiap lipatan hidup di dunia yang sementara ini. Selagi nafas mampu menghirup udara di muka bumi ini, sama-sama kita beruasaha meningkatkan iman & taqwa kepada yang MAHA PENCINTA..ALLAHU AKBAR!
Karya Arab- show your talent!
"حال الناس"
سافرتُ في منامي وأنغامَ الطُّيور
فقابلتُ شتَّى السلوك
لدى الناس
رأيتُ الشيخ الذي لا يملك المال
ولكنه ما زال يذكر اسم الله تعالى
وجدتُ الشاب الغنِيَّ نائما
على السرير الذهبي
ولكنه يترك أمر الله
فسألتُ أنا في أيِّ حال؟
هل مثل ذاك الشيخ
أو مثل ذاك الشاب التائه....
الكاتبة:
نورسبيلا بنت محمد علي
ماليزيا
2007