468x60 Ads

Photobucket

Alamak Terlebih Suda!


Tika kita sedang bersuka ria dan leka berbual tentang sesuatu yang lucu atau lawak, kadang-kadang kita tidak sedar bahawasanya kita telah ketawa dengan nada maksimum dan apabila orang lain menyedarinya, mereka seolah-olah merasakan si empunya gelak ketawa itu bukan seperti karakter dirinya yang sebenar...
alamak terlebih suda!


Tika
leka duduk berbincang bersama rakan-rakan @ geng-geng mengenai sesuatu topik atau pelajaran, adakalanya perbincangan itu tersasar daripada objektif utama perbincangan...
alamak terlebih suda!



Tika sedang bergurau senda kadang-kadang lupa akan batasan rijal dan nisa', disebabkan anggapan sebagai adik, abang dan kakak antara mereka, kadang-kadang batasan itu dilanggar begitu sahaja...
alamak terlebih suda
!



Tika berbicara bersama para pendidik yang mudah dibawa berbincang, adakalanya adab bercakap tidak dijaga kerana menganggap guru@pensyarah itu seperti kawan...
alamak terlebih suda!



Begitulah fenomena-fenomena yang adakalanya kita tidak mampu mengelaknya disebabkan kelalaian yang sering bertandang dalam diri manusia!

Penabertulis mempunyai seorang sahabat yang dulunya pernah berkata bahawa andai dirinya seorang yang jahat dan tidak berakhlak baik, tetapi jika dirinya menegur seorang yang soleh kerana melakukan perbuatan jahat, terimalah tegurannya itu biarpun dirinya bukan sewarak insan yang ditegur itu. Ini kerana, dalam hal teguran, kita perlu melihat apa yang diperkatakan bukan siapa yang memperkatakan. Apa yang diperkatakan sahabat Penabertulis itu sebenarnya dipetik dan dihuraikan daripada kata-kata Saidina Ali R.A yang berbunyi:

لاتنظروا إلى من قال، انظروا إلى ما قال

Bermaksud: “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Penabertulis mengingatkan diri sendiri dan mengajak para sahabat Pena semua beringat bahawasanya:



KITA MANUSIA BIASA YANG MUDAH LUPA, DIJADIKAN BERBAGAI-BAGAI JENIS SUPAYA SENTIASA MEMPERINGATI DAN TEGUR-MENEGUR ANTARA SATU SAMA LAIN AGAR HUBUNGAN SESAMA MANUSIA TERUS TERSEMAI DENGAN IKATAN IMAN DAN TAQWA


Penabertulis memohon andai suatu masa diri ini terleka dan tersasar dari sabilillah, tegurlah diri ini dan pimpinlah untuk kembali mencari nur sabilillah...Allahu Akbar!
Untuk menggunakan PenaBertulis emoticon ini, Anda perlu copy kode ke kotak komentar.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i:
:j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r:
:s: :t: :u: :v: :w: :x: :y: :z: :ab:

6 comments:

PenaBertulis said...

Apabila seseorang yang tidak berakhlak itu menegur kita tatkala kita melakukan sesuatu kemungkaran atau dosa, jangan kita merendah-rendahkan dirinya dengan kelemahan dirinya. Terima apa yang diperkatakannya, berdoa moga kata-katanya itu akan membuka hatinya juga dalam membaiki kesilapan dirinya...Allahu A'lam.

Aine said...

Insya Allah, sama2 kita ingat-mengingatkan dan berpesan-pesan..

aiShAhzAhaRi said...

tepat sekali..kita ni mmg tak lari dari wat silap..yang silap dibetulkan, yang baik diperindahkan..semoga kita sama2 mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat..ameen

miss fiza said...

suke ini entri..
tahniah awi awi ya alb..hehe
(tru ayt unt akh kaka)

PenaBertulis said...

Alamak telebih suda!!!:p

PenaBertulis said...

aiShAhzAhaRi& Aine: syukran jazilan ya habebat:)

Post a Comment