468x60 Ads

Photobucket

Cinta Tanpa Sempadan




Cinta tanpa sempadan memerlukan tafsiran yang sangat terperinci. Sebilangan masyarakat sebulat suara tidak bersetuju sekiranya ada dikalangan anak-anak atau adik-beradik yang ingin berkahwin dengan masyarakat yang berasal dari luar negeri atau luar negara. Persoalannya, adakah perspektif larangan berkahwin dengan "orang luar" ini sememangnya menjadi pantang larang bagi sesebuah masyarakat?

Penabertulis tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai prinsip dan pandangan serta asbab tertentu untuk bersetuju ataupun tidak mengenai subjek ini. Berdasarkan pemerhatian penabertulis antara sebab-sebab sebilangan ibu bapa tidak menerima "undangan" orang luar ini kerana mereka tidak mahu berjauhan dengan anak mereka, mahukan anak-anak mereka hanya berkahwin dengan pasangan dikalangan keluarga dan berpandangan negatif terhadap kaum lain. Tidak dinafikan apabila tinjauan dibuat terhadap berita-berita tempatan, terdapat sebilangan remaja perempuan lari meninggalkan keluarga semata-mata mengikut "pakwe,gewe,pacar,boyfren" ke negeri@negara mereka kerana cinta terhalang. Ini juga merupakan "main point" yang menyebabkan sebilangan para ibu bapa melarang anak-anak mereka berhubung "kasih" dengan orang luar.

Namun kita jangan lupa, diri kita sendiri ada kelemahan dan cacat celanya. Jangan terus menuding jari hanya kerana satu masalah. Ini semua aturan Allah, Dia meletakkan satu situasi itu untuk melihat bagaimana cara kita mengendalikannya, adakah kita bersabar?,mengeluh? atau mampu bertoleransi dengan masyarakat atau kaum dan bangsa lain. Apa yang pasti, segala natijah urusan di dunia ini atas izinNYA. Sekiranya ibu bapa melarang bercinta atau berkahwin dengan "orang luar", gunakanlah cara perbincangan yang terbaik dan toleransi yang berkesan dengan mereka, kita semua manusia biasa. Berdoa itu senjata kita paling kuat yang menunjukkan kita ini sememangnya bergantung segalanya kepada Allah S.W.T tanpa menyekutukanNYA.Segala yang berlaku ada hikmahnya. Nikmati setiap lipatan hidup di dunia yang sementara ini. Selagi nafas mampu menghirup udara di muka bumi ini, sama-sama kita beruasaha meningkatkan iman & taqwa kepada yang MAHA PENCINTA..ALLAHU AKBAR!

Untuk menggunakan PenaBertulis emoticon ini, Anda perlu copy kode ke kotak komentar.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i:
:j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r:
:s: :t: :u: :v: :w: :x: :y: :z: :ab:

3 comments:

miss fiza said...

salam alaik.sy stuju sgt.
cinta xkenal siapa, ALlah da aturkn yg terbaik utk kita.no need to put borden among us cz it would burdened.
truly hope that we will b more openminded=)

enna said...

nice post....:)
love is in the air....

PenaBertulis said...

thanks fifi n ena:)The most important thing is Allah's blessing.

Post a Comment